Sunday, January 1, 2012
Keajaiban suara Usaid.
Diceritakan ada seorang sahabat bernama Usaid yang mempunyai suara yang merdu terutamanya ketika dia mengalunkan ayat suci al-Quran. Kebiasaannya, dia membaca al-Quran pada waktu malam iaitu selepas anaknya idur. Pada suatu malam, bacaannya agak berbeza daripada bacaan malam-malam sebelumnya. Ia sungguh menyayukan hati dan perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Sedang dia khusyuk membaca, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi bising diluar rumahnya iaitu bunyi jeritan kuda peliharaannya. Namun, dia tidak mempedulikan bunyi tersebut malah meneruskan bacaan daripada surah al-Baqarah. Semakin lama, bunyinya semakin kuat.
"Apakah yang telah mengganggu kudaku pada waktu malam-malam begini? Mungkin ada sesuatu yang telah berlaku. Tetapi, biarkanlah," fikirnya dalam hati. Dia pun meneruskan bacaannya dan berharap agar kudanya berhenti daripada membuat bising. Namun, bunyinya semakin kuat. Dengan perasaan gelisah dan ingin tahu, dia menjenguk kudanya dari tingkap rumahnya tetapi tidak nampak apa-apa pun yang mengganggunya.
Sebaik-baik dia mendongak ke langit, dia begitu terkejut. Di langit kelihatan seakan-akan awan putih yang bercahaya bak lampu-lampu yang mahu turun ke bumi. Tidak pernah dalam hidupnya melihat kejadian sebegitu. Kerana begitu takut, dia tidak meneruskan bacaannya malah terus masuk ke biliknya untuk tidur. Dia ingin melupakan kejadian yang dilihatnya itu.
Keesokan harinya, dia pergi berjumpa Rasulullah dan menceritakan apa yang telah dilihatnya malam tadi. Setelah itu Rasulullah SAW tersenyum dan menjawab: "Itu adalah para Malaikat. Mereka turun kerana mendengar suara bacaanmu yang sungguh merdu. Sekiranya engkau melanjutkan bacaanmu itu hingga ke subuh, nescaya orang lain akan dapat melihat para Malaikat tersebut."
Moral Sirah:
Amalkan membaca al-Quran setiap hari dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT. Oleh itu, carilah tempat dan waktu yang sesuai agar dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus. Sesungguhnya, rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~Honey to the Moon~ @ KT
Honeymoon ni more to jalan2 cari makan sbnr...
-
1. La Tour Eiffel. Menara Eiffel yang dibina pada 1889 oleh Gustave Eiffel untuk Pameran Dunia, tanpa ragu lagi merupakan antara sal...
-
The Centers for Disease Control and Prevention recently conducted a study to help assess why there are so many sleep deprived high school st...
No comments:
Post a Comment