Wednesday, August 31, 2011

~IsTaNa SrI mEnAnTi~

ermmmm..nie la pintu masuk ke istana sri menanti...nk tau aku wat pe kat sini...klu nak tau stiap hari raya pertama ngn kedua....Sultan N9 akn wat umah terbuke....hah best giler bnyak sngt mknn....klu bdak kecik siap bleh bratur lg amik duit raye...bukan skit2 die bgi...rm10 sorang...nasib baik aku bkn kanak2....klu xaku dh beratur dh skali...hehehehe...mmg kenyang la perut...x rugi pun pegi...klu bleh thun dpn aku x nak amik breakfast pun sblum g...klu x nnti perut aku full la plak....x bleh nk mkn banyk2.....hahahahaha...

Sunday, August 14, 2011

Drama Nurul Iman


Nurul Iman mengisahkan tentang watak Hijaz, Nurul dan Munir belajar di universiti Damshik, Syria. Mak Kiah seorang pengusaha herba. Iman adalah pelajar IPT, anak Mak Kiah yang lemah Bahasa Arab. Bapa Hijaz mengagihkan tugas kepada abang Hijaz, Harun, Jamal dan Bakhtiar di Madinah. Abang-abang Hijaz cemburukan Hijaz kerana bapa mereka lebih sayangkan Hijaz.

Sementara itu Pak Wahab melarang Sufian ke rumah Mak Kiah kerana dia menuduh Sufian menghasut Mak Kiah. Mak Kiah menguasahakan ladang herba dan dibantu oleh Adam, anak angkatnya. Harun mencadangkan kepada bapanya supaya Hijaz dihantar ke Malaysia bagi mendalami ilmu pertanian. Dia juga mencadangkan agar Syed Abdullah pengusaha Herba di Malaysia dapat membantu Hijaz.

Harun menguhubungi Syed Abdullah dan menawarkan US 1 juta bagi melaksanakan niatnya. Syed Abdullah serba salah. Ketika cuti semester Iman pulang ke kampung. Ketika pulang dia terserempak dengan Suffian dan Hjh. Maimon. Hjh. Maimon tidak suka anaknya Suffian berkawan dengan Iman.

Kepulangan Iman amat dinantikan Mak Kiah. Hijaz dihantar oleh Pak Cik Zaki ke lapangan terbang. Sheikh Muhammad amat gembira dengan kepulangan Hijaz di Madinah. Sheikh Muhammad tidak sampai hati memberi tahu hal sebenarnya. Kerana kasihkan ayahnya Hijaz bersetuju ke Malaysia. Abang-abang Hijaz amat gembira kerana rancangan mereka hampir berjaya. Harun menghubungi Syed Abdullah.

Sementara itu Syed Abdullah menghubungi Mak Kiah dan maklumkan bahawa Hijaz akan ditempatkan di rumahnya. Iman kebingungan kerana Mak Kiah mengemas-ngemas rumah. Mak Kiah maklumkan kepada Iman yang Hijaz akan tinggal bersama mereka. Iman kurang bersetuju. Pemergian Hijaz ke Malaysia menyebabkan ayahnya jatuh sakit. Harun beritahu kepada adik-adiknya yang Hijaz ditimpa kemalangan semasa tiba di Malaysia.

Hijaz tiba di rumah Kiah pada waktu malam. Iman merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh ibunya Mak Kiah. Iman ingin tahu perkara yang sebenarnya daripada Mak Kiah. Hijaz masih tidak berpuas hati kerana kedatangannya di rumah Mak Kiah. Sementara itu Sheikh Muhammad bapa Hijaz, masih lagi sedih kerana tidak mendapat khabar berita daripada Hijaz. Sufian berjumpa dengan Mak Kiah dan Adam di ladang herba. Dia ingin membawa murid-muridnya melawat ke ladang Mak Kiah.

Ketika itu Hijaz terkenangkan Nurul dan Munir. Bapa Hijaz jatuh sakit kerana mendapat berita kemalangan Hijaz. Harun meminta Syed Abdullah memberitahu kematian Hijaz kepada bapanya. Tetapi Syed Abdullah minta ditangguhkan terlebih dahulu.

Tuan Iskandar berhasrat membuat usaha sama dengan Mak Kiah. Dia meminta Pak Wahab sampaikan hasratnya itu kepada Mak Kiah. Sementara itu abang-abang Hijaz, Harun, Jamal dan Bakhtiar bercadang mengambil alih perniagaan bapa mereka.

Hijaz tertarik dengan perusahaan herba Mak Kiah. Harun mahukan supaya Syed Abdullah memberitahu kematian Hijaz kepada bapanya, Sheikh Muhammad. Abang-abang Hijaz kecewa kerana mereka masih tidak mendapat harta daripada bapa mereka.

Hjh. Maimon masih cemburukan suaminya Tok Penghulu kerana ke rumah Mak Kiah, bekas tunangnya. Syed Abdullah menelefon Sheikh Muhammad dan maklumkan kematian Hijjaz. Berita kematian Hijjaz telah dimaklumkan kepada Munir. Tetapi Nurul tidak dapat menerima berita kematian Hijjaz. Dia berkeras untuk pulang ke Malaysia bagi memastikan kematian Hijjaz.

Sementara itu Hijjaz mempelajari budaya orang melayu. Hjh. Maimon berhasrat agar Sufian ditunangkan dengan Nurul. Tetapi suaminya kurang bersetuju kerana dia berpendapat perlu dipersetujui terlebih dahulu oleh Nurul dan Sufian.

Mak Kiah, Adam dan Hijaz berbincang mengenai perniagaan herba mereka. Mak Kiah bercadang membesarkan ladangnya. Syed Abdullah ke rumah Mak Kiah dan menyerahkan segala dokumen Hijaz. Tuan Syed juga memberitahu Hijaz, yang sebenarnya dia cuba dibunuh oleh abang-abangnya. Oleh itu Hijaz ditempatkan di rumah Mak Kiah supaya identitinya tidak diketahui oleh abang-abangnya. Tetapi Hijaz tidak mempercayainya.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Hijaz memperbetulkan keadaan keluarganya yang menjadi huru-hara. Antara Nurul dan Iman siapakah yang menjadi pilihan Hijaz?

*Sambil2 mkn sahur tu aku layan la cite nie....utk mnghilangkn rase bosan....

Drama Kasih Alia



Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka.

Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.

Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila
Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak.


Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.

Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya.

*Layan cite nie sambil2 nk tnggu wktu brbuke pose.......hehehehe

~Honey to the Moon~ @ KT

Honeymoon ni more to jalan2 cari makan sbnr...