Sunday, July 24, 2011

~AnTaRa FaDiLaT bErSeDeKaH~


  1. Menurut ulama, bersedekah itu membuka 10 kepujian di dunia dan akhirat. Lima di dunia iaitu menyucikan hartanya, menyucikan badannya, menolak bala dan penyakit, menggembirakan orang miskin, berkat hartanya, dan diluaskan Allah rezekinya. Lima di akhirat iaitu dilindungi Allah pada hari kiamat ketika sangat panas, diringankan hisabnya, berat timbangannya, dimudahkan melalui titian Siratul Mustaqim dan bertambah darjat di dalam syurga.
  2. Amalan bersedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan.
  3. Takutlah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma, kiranya tidak berupaya, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik (menjadi sedekah juga bagimu)-al hadis.
  4. Faedah sedekah apabila daripada harta yang halal, maka diampunkan dosanya, diberikan pahala, dilepaskan daripada bala, dan dimasukkan ke dalam syurga. Sebaliknya apabila bersedekah dengan harta yang haram tiada apa-apa faedah baginya melainkan azab Allah ke atasnya kerana memberi yang haram kepada orang. Nabi pernah bersabda, "Di dalam neraka jahanam ada sebuah rumah yang bernama 'Baitul Huzni' disediakan oleh Allah bagi mereka yang bersedekah dari sumber yang haram."
  5. Yang lebih afdal bersedekah ialah barang yang disayangi. Firman Allah: "Tidak kamu peroleh kebajikan sehingga kamu belanjakan(sedekah/hadiah) daripada apa-apa yang kamu sayangi."

No comments:

Post a Comment

~Honey to the Moon~ @ KT

Honeymoon ni more to jalan2 cari makan sbnr...