Ayam bakar dan daging. Ia memberikan protein yang baik pada tubuh badan. Ia menghasilkan
'doparnin' dan 'norepinefrin' iaitu sebatian kimia semula jadi di dalam otak untuk mengekalkan
kewarasan anda.
Makan bertih jagung (sumber karbohidrat) untuk membantu mengeluarkan serotin iaitu
sebatian kimia di dalam otak yang akan membuat kita berasa lebih tenang sehingga ia
membuatkan anda lebih relaks.
Sushi mempunyai khasiat pada tubuh badan kita iaitu Asid pantothenic penting bagi kelenjar
adrenalin untuk menguruskan stres tubuh.
Nanas dan buah berri. Antioksidan yang terkandung dalam sayuran bewarna cerah membantu
melawan radikal bebas dalam tubuh. Ini kerana otak akan menyerap lebih banyak oksigen,
maka antioksidan akan membantu mengurangkan kerosakan sel otak disebabkan oksidan yang
ada.
Badam. Mempunyai khasiat anti stres yang luar biasa. Lengkap dengan vitamin B2, vitamin E,
magnesium di dalamnya membantu menenangkan dan mengembalikan emosi yang baik. Ia juga
menghalang radikal bebas dan serangan jantung. Makan segenggam badam setiap hari untuk
kesihatan anda.
Coklat akan membantu menenangkan emosi. Ia dipenuhi dengan nadamin dan feniletilamin
yang membantu kerja saraf dan membuatkan lebih tenang.
Ikan mempunyai Vitamin B lengkap terutama B6 dan B12 yang diketahui boleh mengurangkan
stres. Omega 3 dalam ikan membantu menghalang pertumbuhan hormon kortisol yang boleh
menyebabkan stres serta peningkatkan tekanan darah.
Susu mengandungi antioksidan yang dapat menghancurkan punca stres anda. Minum susu pada
waktu pagi dan malam (sebelum waktu tidur).
Sayur hijau amat penting untuk tubuh. Selain membekalkan pelbagai vitamin dan tenaga ia juga
boleh menurunkan tahap stres anda dan membolehkan anda berfikir dengan tenang. Makanlah
salad secara mentah ia baik untuk kesihatan anda.
No comments:
Post a Comment