Sunday, June 19, 2011

Tempat-tempat Menarik di Perancis........

1. La Tour Eiffel.


Menara Eiffel yang dibina pada 1889 oleh Gustave Eiffel untuk Pameran Dunia, tanpa ragu lagi merupakan antara salah satu tarikan pelancong yang paling terkenal yang terdapat di Perancis.

Ia sangat menakjubkan untuk mengetahui bahawa pada tahun 1909 Menara Eiffel hampir diruntuhkan kerana dilihat sangat buruk dan menyakitkan mata pada masa itu.

2. Musée du Louvre.


Muzium Louvre yang dulu pernah menjadi istana diraja, kini merupakan salah satu muzium kesenian yang terkenal di duni. Ia mempamerkan lukisan Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci dan juga hasil karya yang mengagumkan dari Michelangelo, Raphael and, Botticelli.

3. Arc du Triomphe.


Arc de Triomphe dan Ave des Champs-Elysées merupakan tempat yang sangat menarik untuk dilihat. Ia dibina oleh Napoleon untuk memperingati kemenangan bersejarah askar-askarnya. Makam Askar Perancis yang Tidak Diketahui juga terletak di sini dan setiap petang nyalaan peringatan akan dinyalakan.

4. Versailles.


Sekiranya anda mampu, cuba melawat Istana Versailles yang dibina pada zaman pemerintahan Louis XIV yang juga dikenali sebagai Raja Matahari (Roi Soleil) yang mempamerkan kekayaan dan kekuasaannya pada masa itu. Versailles hanya terletak kira-kira satu hari perjalanan dari Paris dan tanpa ragu merupakan salah satu tempat yang paling mengujakan anda pernah lihat.

5. Mont St Michel.


Gunung St Michael merupakan kawasan mukabumi Perancis yang terkenal dan terletak berhampiran pesisiran pantai Normandy. Sebenarnya, ia merupakan tempat yang paling kerap dilawati selepas Paris!

Pasti sukar untuk tidak terpegun dengan keindahan pemandangan Gunung St Michael dengan gereja Benedictine yang bercorak seni bina Gothic terletak di puncaknya.

6. Chateaux de la Loire.


Lembah Voire, merupakan taman permainan untuk kerabat diraja dari kurun ke 15 hingga 18, mempamerkan keindahan kediaman kerabat pada zaman itu.

Terdapat beberapa ratus istana di Loire; sesetengahnya amat terkenal seperti Château d´Amboise, Chambord, Chenonceau, Blois dan Cheverny.

7. Carcassonne.


Carcassonne yang terletak di kawasan Languedoc merupakan kota bertembok yang terbesar di Eropah dan yang contoh terbaik bagi seni bina zaman pertengahan.

Menara-menara di Carcassonne kelihatan seperti ianya datang daripada cerita dongeng ataupun cerita Walt Disney. Tapi di sini ia sememangnya nyata dan benar. Carcassonne juga merupakan antara kawasan monumen Perancis yang terkenal.

8. Lascaux.


Sebahagian koleksi seni zaman purba boleh didapati di barat daya Perancis.

Lukisan gua, lakran dan ukiran purba yang dapat anda lihat di sini sememangnya mengujakan dan sesetengahnya berusia kira-kira 35,000 tahun dahulu.

Tapak Lascaux (replika) adalah tarikan pelancong yang amat terkenal di Perancis dan terdapat banyak lagi tempat yang berbaloi untuk dilawati.

No comments:

Post a Comment