Sunday, July 22, 2012

~Keberkatan Bersahur~~~


Antara keberkatan bersahur:

1. Dengan bersahur bererti menjalankan sunnah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam.

2. Dengan bersahur bererti kita membezakan diri kita dengan ahli kitab, sedangkan kita diperintahkan agar berbeza dengan mereka dalam segala hal.

3. Sahur menambah kekuatan beribadah.

4. Sahur menambah keikhlasan beribadah.

5. Sahur membantu menghilangkan kemarahan dan tabiat buruk yang biasa muncul karana lapar.

6. Waktu sahur adalah waktu yang baik untuk membantu jiran yang fakir miskin yang datang kepada kita karena kelaparan.

7. Saat sahur adalah saat ketika doa-doa kita dikabulkan.

8. Pada waktu sahur, seseorang berkesempatan untuk mengingat Allah, berdzikir, dan mengangkat tangannya ke hadirat Allah untuk berdoa.

Dari aspek kesihatan:

 Orang yang bangun sebelum subuh dan melakukan kegiatan, seperti makan sahur dan solat tahajud akan terhindar dari berbagai macam penyakit dan tubuh menjadi lebih tahan terhadap serangan penyakit serta lebih awet muda.

Kerana sebelum subuh, suhu tubuh menurun drastik. Jika kita bangun, urat2 bergerak, darah mengalir lebih cepat dan suhu tubuh menghangat dengan sendirinya.Ditambah pula dengan mengambil air wudhu, darah akan lebih cepat mengalir kerana dinginnya air.

 




No comments:

Post a Comment

~Honey to the Moon~ @ KT

Honeymoon ni more to jalan2 cari makan sbnr...