Wednesday, June 23, 2010

Apa Dah Jadi???



Pada hari isnin, seperti biasa Cikgu Zaleha akan masuk ke kelas 4 Bijak untuk mengajar subjek Bahasa Melayu...

Cikgu Zaleha: Ok, murid-murid, hari ini cikgu akan mengajar kata imbuhan.
Murid-murid: Baik cikgu
Cikgu Zaleha: Baik, Cikgu cakap semua ikut ya,
Murid-murid: Baik
Cikgu Zaleha: Memberikan
Murid- murid: Memberikan
CikguZaleha: Memasukkan
Murid-Murid: Memasukkan
Cikgu Zaleha: Ok, cikgu nak Sazali seorang sahaja
Murid-murid: Ok, cikgu nak Sazali seorang sahaja
Cikgu Zaleha: Eh! Janganlah ikut cikgu cakap
Murid-murid: Eh! Janganlah ikut cikgu cakap (kehairanan)
Cikgu Zaleha: Cikgu kata, jangan ajuk cikgu cakap. Faham! (marah)
Murid-murid: Cikgu kata, jangan ajuk cikgu cakap. Faham! (muka marah)
Cikgu Zaleha: Tak faham ke? Jangan main-main dengan cikgu! (bercekak pinggang)
Murid-murid: Tak faham ke? Jangan main-main dengan cikgu! ( berdiri dan bercekak pinggang)
Cikgu Zaleha: Kenapa degil sangat ni. Jangan buat cikgu marah! Kalau kamu ajuk lagi cakap
cikgu, cikgu akan keluar dari kelas ni. (menjegilkan mata)
Murid-murid: Kenapa degil sangat ni. Jangan buat cikgu marah! Kalau kamu ajuk lagi cakap
cikgu, cikgu akan keluar dari kelas ni. (menjegilkan mata)
Cikgu Zaleha: Ish! Degilnya kamu semua ni, pening cikgu. Kalau macam ni, boleh pengsan cikgu.
Baik cikgu keluar sekarang. (sambil mengangkat buku)
Murid-murid: Ish! Degilnya kamu semua ni, pening cikgu. Kalau macam ni, boleh pengsan cikgu.
Baik cikgu keluar sekarang. (sambil mengangkat buku dan menyandang beg)
Cikgu Zaleha: Hah! (pengsan)
Murid-murid: (tercengang)

No comments:

Post a Comment

~Honey to the Moon~ @ KT

Honeymoon ni more to jalan2 cari makan sbnr...